Perdagangan

Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun dengan S.A.M. Trade. Membuka akaun dengan S.A.M. Trade membolehkan anda mendapat akses kepada pelbagai webinar dan promosi serta keistimewaan bertingkat seperti SamRewards™. Klik di sini untuk membuka Akaun Langsung dengan kami.

Sebaik sahaja anda membuka akaun langsung dengan kami, anda boleh berdagang CFD dengan instrumen berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai produk di atas, sila lawati halaman Produk.

Anda boleh berdagang pada bila-bila masa anda mahu dalam waktu perdagangan sebagaimana ditetapkan di bawah.

Anda boleh membuka kedudukan anda selama beberapa jam atau kurang daripada itu (dagangan intrahari) atau untuk beberapa hari (perdagangan jangka panjang) – mengikut kebijaksanaan anda. Sila ambil perhatian bahawa bayaran pertukaran mungkin dikenakan untuk perdagangan jangka panjang, bergantung pada kedudukan dan instrumen dagangan.

Ingat bahawa setiap instrumen mempunyai sesi perdagangannya sendiri. Anda boleh memeriksa sesi perdagangan bagi instrumen perdagangan tertentu dalam spesifikasi kontrak di platform perdagangan.

  • Forex: dari Isnin GMT+1 00:00 sehingga Jumaat GMT+1 23:00 (Pasaran AS tutup)
  • Indeks: tersedia untuk perdagangan dari Isnin hingga Jumaat. Untuk waktu perdagangan, sila rujuk sesi perdagangan untuk instrumen perdagangan tertentu dalam platform perdagangan.
  • Komoditi: tersedia untuk perdagangan dari Isnin hingga Jumaat. Untuk waktu perdagangan, sila rujuk sesi perdagangan untuk instrumen perdagangan tertentu dalam platform perdagangan.
  • Mata wang kripto: tersedia untuk perdagangan 24 jam setiap hari.

Tiada had dari segi bilangan akaun perdagangan langsung bagi setiap pengguna.

Ya, semua dokumen mestilah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh penterjemah berkelayakan yang sesuai.

Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk membuka akaun perdagangan.

Malangya pada masa ini penduduk AS tidak boleh membuka akaun perdagangan dengan kami.

S.A.M. Trade pada masa ini tidak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk berikut tetapi tidak terhad kepada Afghanistan, Belarus, Botswana, Brazil, Burundi, Colombia, Congo, Cuba, Mesir, Guinea, Guinea-Bissau, Iran, Iraq, Japan, Lebanon, Liberia, Libya Arab Jamahiriya, Mali, Nicaragua, Nigeria, Korea Utara, Pakistan, Somalia, Republik Somali, Afrika Selatan, Sepanyol, Sudan, Republik Arab Syria, Togo, Ukraine,Amerika Syarikat, Venezuela, Yemen, Zimbabwe

2FA (juga dikenali sebagai pengesahan 2-Faktor) adalah pengesahan identiti dalam talian pengguna menggunakan dua faktor penting. Ini adalah lapisan tambahan keselamatan untuk anda bagi memastikan yang anda adalah satu-satunya individu yang boleh mengakses akaun anda walaupun seseorang mengetahui kata laluan anda.

Amalan semasa yang digunakan oleh kebanyakan institusi kewangan ini memerlukan klien melalui proses pengesahan 2-faktor:

  • Nombor Pengenalan Peribadi (PIN), yang dikeluarkan oleh institusi kewangan dan
  • Kata Laluan Satu Kali (OTP), yang dijana oleh peranti token perkakasan atau permohonan token perisian atau dihantar melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) kepada klien.

S.A.M. Trade menawarkan 2FA yang menggunakan sama ada PIN atau OTP untuk klien kami log masuk ke dalam Portal Klien. Klien boleh memilih pilihan 2FA mereka semasa membuka akaun.

Walaupun 2FA tidak wajib untuk perdagangan, anda digalakkan untuk menggunakan 2FA bagi menambah keselamatan kepada Akaun S.A.M. Trade anda.

Akaun demo kami akan tamat selepas 1 bulan dari tarikh dikeluarkan. Jika anda ingin melanjutkan atau mempunyai persoalan lain, anda boleh menghubungi kami di [email protected] atau fungsi sembang langsung selepas anda log masuk ke Portal Klien.

Jika anda tidak jumpa apa yang dicari atau memerlukan bantuan tambahan, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected] atau menggunakan fungsi sembang langsung apabila anda log masuk ke dalam Portal Klien.

Tiada had masa berapa lama anda boleh memegang dagangan anda. Selagi akaun perdagangan anda mempunyai wang mencukupi dan tidak memicu sebarang margin panggilan atau henti keluar (stop out).

Panggilan margin wujud apabila nilai akaun margin pelabur jatuh di bawah jumlah yang diperlukan oleh broker. Akaun margin pelabur mengandungi sekuriti yang dibeli dengan wang yang dipinjam (biasanya gabungan wang pelabur sendiri dan wang yang dipinjam daripada broker pelabur).

Panggilan margin biasanya adalah penunjuk di mana satu atau lebih sekuritinya yang dipegang dalam akaun margin telah mengalami penurunan nilai. Apabila panggilan margin berlaku, pelabur mesti memilih sama ada mendeposit tambahan wang atau sekuriti ke dalam akaun supaya ia naik semula kepada nilai minimum, atau dikenali sebagai margin pengekalan, atau menjual beberapa asset yang dipegang dalam akaun mereka. Di S.A.M. Trade, margin pengekalan kami ditetapkan pada 100%.

Henti keluar adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada pelaksanaan pesanan henti-rugi (stop-loss). Isitlah “henti keluar” digunakan semasa pesanan untuk menjual dilaksanakan apabila pengguna mencapai mata pemicu bertakrif, bagi melindungi modal pedagang. Dagangan keluar ini boleh dilakukan secara automatik atau manual. Ia juga digunakan kepada pedagang yang menetapkan henti rugi bagi mendapatkan keuntungan daripada trend dagangan yang lama itu. Dalam kes ini, dagangan ini mungkin untung tetapi dagangan keluar tersebut menghalang keuntungan daripada melenyap. Di S.A.M. Trade, henti-keluar kami ditetapkan pada kadar 50%.

Jika anda tidak menemui apa yang anda cari, terus hubungi kami. Kami gembira untuk membantu.

Berdaganglah dengan kami sekarang!