Deposit & Pengeluaran

Semasa log masuk ke dalam akaun, anda akan mempunyai akses kepada pelbagai pilihan pendanaan. Sila ikuti arahan pendanaan khusus untuk setiap pilihan pendanaan.

Kami menawarkan pilihan pendanaan untuk deposit/pengeluaran: Pindahan Bank, Visa/MasterCard, dan Tether (USDT). Anda boleh temui lebih banyak lagi dalam halaman Deposit dan Pengeluaran.

Anda boleh mendepositkan wang dalam apa jua mata wang, dan ia akan ditukar secara automatik kepada mata wang asas (USD) akaun anda. Penukaran ini akan dilakukan pada kadar antara bank lazim S.A.M. Trade.

Deposit Minimum: USD 20 atau USDT 50

Pengeluaran Minimum: USD 20 atau USDT 50

Sebarang lebihan mesti dipindahkan menerusi pindahan kawat bank.

Kami hanya boleh memindahkan jumlah sama yang anda telah depositkan kepada kami untuk dikembalikan ke dalam kad anda. Secara asasnya, apa jua keuntungan akan dipindahkan ke akaun bank anda menerusi pindahan kawat. Ini adalah untuk melindungi semua pihak daripada penipuan dan meminimumkan kemungkinan berlakunya penggubahan wang haram dan/atau pembiayaan pengganas.

Ya, boleh. Semua pengeluaran diproses oleh tim sokongan kami dalam tempoh 72 jam pada hari bekerja selepas permohonan dibuat oleh klien.

Ya, boleh. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa margin bebas dikira sebagai margin ekuiti tolak margin perlu (cth. margin yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan terbuka). Jika anda tidak mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun perdagangan anda, sistem tidak akan menerima permintaan anda dan anda perlu menurunkan jumlah yang diinginkan untuk pengeluaran atau menutup kedudukan anda.

Permohonan pengeluaran anda akan diproses oleh Tim Sokongan kami dalam masa 72 jam dalam waktu bekerja. Selepas pemprosesan permohonan pengeluaran oleh Tim Sokongan kami, pembayaran pengeluaran mengambil 2-5 hari bekerja untuk tercatat dalam penyata bank anda jika menggunakan pindahan kawat bank atau pindahan kad kredit/debit.

Kami tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan untuk deposit/pengeluaran kami. Walau bagaimanapun, sebarang bayaran bank yang lazim, bayaran TT, atau bayaran FX adalah ditanggung oleh anda sendiri.

Tidak boleh. Dilarang untuk memindahkan wang di antara akaun perdagangan klien-klien berlainan disebabkan oleh peraturan anti penggubahan wang haram.

Ya, boleh. Anda boleh memohon pindahan dalaman di antara dua akaun perdagangan, tetapi hanya jika kedua-dua akaun dibuka di bawah nama anda dan jika kedua-dua akaun perdagangan telah disahkan.

Ada pelbagai sebab mengapa permohonan pengeluaran anda ditolak. Berikut adalah beberapa sebab (tidak menyeluruh) penolakan permohonan pengeluaran anda:

  1. Jumlah bagi setiap permohonan pengeluaran melebihi jumlah baki dalam akaun SamPay, keuntungan perdagangan dan komisen anda;

  2. Butiran akaun bank benefisiari yang disediakan pada penyata bank tidak lengkap, tidak tepat, atau tidak konsisten dengan permohonan pengeluaran; atau

  3. Penyata bank yang diberikan bukan di bawah nama anda.

Tim sokongan akan memberikan sebab penolakan permohonan pengeluaran bagi tujuan pembetulan.

Anda hanya boleh berdagang dengan akaun langsung yang telah didanai. S.A.M. Trade menawarkan banyak promosi kepada klien kami. Sila rujuk halaman Promosi kami untuk maklumat lanjut.

Jika anda tidak menemui apa yang anda cari, terus hubungi kami. Kami gembira untuk membantu.

Berdaganglah dengan kami sekarang!