Siapa kami

S.A.M. Trade ialah broker perdagangan dalam talian yang menyediakan Perdagangan Forex dan perkhidmatan berkaitan yang lain. Matlamat kami adalah untuk menyediakan akses yang selamat, mudah dan rendah kos keapda pasaran tukaran asing kepada pedagang.


300+

Staf di seluruh dunia

2015

Tahun penubuhan

200,000+

Klien di seluruh dunia

Dagangkan secara awam di Pasaran OTC

Rakan Perdagangan Rasmi Wolves & Cardiff

Broker Paling Berpengaruh di Asia

Broker Forex Terbaik Tahunan

Broker STP/ECN Terbaik

S.A.M. Trade ditubuhkan

2021 2020 2019 2017 2016 2015

Ini adalah tahun istimewa buat kami semua di S.A.M. Trade kerana mengambil langkah besar seterusnya ke dalam ruang digital kewangan. Ahli gabungan berkaitan kami, S.A.M. Trade (Asia) Pte Ltd, sekarang didagangkan secara awam di Pasaran OTC dengan simbol (OTCMKTS:SMFX).

Pada tahun yang sama, S.A.M. Trade telah memeterai penajaan multi-tahun "Belakang Baju VCF" dengan Valencia Club de Futbol ("Valencia CF"). Perjanjian dengan Valencia CF ini memberikan kenyataan teguh keinginan S.A.M. Trade dan niat strategik untuk berkembang ke pasaran Eropah yang lebih luas.

"Teknologi lambang kami - CopySam™ telah memenangi ""Platform Perdagangan Forex Terbaik Asia"" di Anugerah Forex Global 2021 - Runcit. Memenangi anugerah ini adalah bukti bahawa industri broker telah memerhatikan usaha S.A.M. Trade untuk menggunakan teknologi dalam membantu kelancaran perjalanan perdagangan pelanggan kami."

Dalam komitmen berterusan kami terhadap klien untuk menyediakan pengalaman perdagangan lancar, S.A.M. Trade juga memperkenalkan kelas aset baru dalam platform perdagangan kami - Mata wang kripto (CFD). Klien kami akan mampu berdagang Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan beberapa kripto popular lagi yang berkaitan CFD di platform kami.

S.A.M. Trade menyambut ulang tahun kelimanya dan terus melakukan yang terbaik.

Kami telah menerima pengiktirafan antarabangsa dari London Trader Show 2020 dan senarai anugerah berwibawa kami berkembang dengan 3 anugerah berturut-turut - "Platform Perdagangan Forex Terbaik Asia", "Broker Pengenalan Forex Terbaik Asia" dan "Broker STP/ECN Forex Terbaik".

Ini juga adalah tahun di mana kami memeterai perjanjian penajaan bersama dua pasukan bola sepak; English Premier League Woverhampton Wanderers Football Club ("Wolverhampton Wanderers FC") dan pasukan Kejuaraan EFL Cardiff City Football Clun ("Cardiff City FC"). Dua perkongsian ini mewakili batu tanda kepada platform kami dan langkah selanjutnya dalam strategi pertumbuhan global. Dengan pengembangan terancang kami ke dalam pasaran Eropah, kami semakin menghampiri sasaran kami untuk menjadi barisan depan industri perkhidmatan kewangan global.

Aktif mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan seminar, seterusnya mendapat pengiktiran apabila dianugerahkan "Broker Berpengaruh Terbaik di Asia".

Dianugerahkan "Broker Forex Terbaik Tahunan" semasa Ekspo Pelaburan & Kewangan Antarabangsa China.

Tahun 2015 menandakan permulaan S.A.M. Trade. Kami ditubuhkan dengan satu objektif jelas - untuk menyediakan akses selamat, mudah, dan kos rendah ke pasaran tukaran asing kepada pedagang.

Menerima anugerah pertama kami - "Broker STP/ECN Terbaik" semasa Ekspo Forex (Shenzhen) China 2016.

Berdaganglah dengan kami sekarang!