Dasar Privasi


S.A.M. Trade berusaha untuk melindungi keselamatan dan kerahsiaan maklumat yang anda berikan kepada kami. Dasar privasi ini menerangkan tentang jenis maklumat yang kami kumpul, pengurusannya dan cara kami melindungi maklumat anda.

Dengan menggunakan tapak web kami, anda bersetuju dengan dasar yang terkandung di bawah.

Bila-bila anda mendaftar, lakukan transaksi atau buat pembayaran di tapak web kami, kami akan mengumpul maklumat peribadi anda seperti nama anda, tarikh lahir, alamat e-mel, nombor kredit kad, nombor telefon, alamat mel, dan butiran yang perlu yang lain yang membolehkan kami mengakses keperluan dan pilihan anda. Adalah menjadi kewajipan kami untuk memastikan kerahsiaan maklumat yang anda sediakan untuk kami.

Oleh itu, maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan, ditukar, dipindahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan daripada anda terlebih dahulu.

Kami juga mengumpul maklumat boleh dicam yang bukan peribadi semasa anda melakukan aktiviti tertentu seperti semasa anda menghantar komen, idea, cadangan, memberikan maklum balas atau semasa anda menjawab tinjauan. Maklumat boleh dicam yang bukan peribadi ini dianggap tidak sulit dan kami bebas mendedahkan dan menggunakan data tersebut pada bila-bila masa tanpa perlu meminta kebenaran daripada anda.

Kegunaan Maklumat

Maklumat yang dikumpul akan digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda semasa menggunakan perkhidmatan di tapak web kami. Ini adalah termasuk:

  1. Memperibadikan pengalaman anda di laman web kami mengikut keperluan dan pilihan individu anda.
  2. Memperbaiki perkhidmatan pelanggan - maklumat anda membantu kami memberikan respons kepada permintaan dan maklum balas anda dengan lebih bersedia.
  3. Memproses transaksi dan melakukan perkhidmatan/aktiviti yang diminta oleh anda di laman web kami.
  4. Menghantar e-mel berkala atau kemaskini berkenaan pesanan dan perkhidmatan anda.
  5. Mentadbir peraduan, pertandingan, promosi, tinjauan dll.
Melindungi maklumat anda

Kami meletakkan pelbagai langkah keselamatan seperti teknoologi penyulitan SSL, tembok api dan sistem pengesahsahihan (cth. kata laluan dan nombor pengenalan peribadi) bagi memastikan yang maklumat peribadi anda selamat dan sulit.

Kegunaan Kuki

Kuki adalah fail teks kecil yang mengandungi maklumat yang digunakan Tapak Web untuk menjejaki aktiviti anda pada lamannya. Kami menggunakan kuki untuk menganalisis dan memahami pengguna serta tingkahlaku mereka di laman kami bagi membantu kami memperbaiki kefungsian dan prestasi lama, bagi membantu mengesahkan anda, memperibadikan laman dan kandungan supaya ia boleh memberikan anda maklumat yang sesuai dengan minat anda. Kami berikan anda jaminan bahawa maklumat sebegitu yang kami kumpul dan kongsi akan menjadi tanpa nama dan tidak boleh dicam secara peribadi.

Pendedahan maklumat kepada pihak ketiga.

Kami tidak menjual, mendagang, memberikan lesen atau sebaliknya mendedah kepada pihak di luar akan maklumat boleh dicam secara peribadi anda tanpa persetujuan daripada anda. Walau bagaimanapun, kami boleh memberikan maklumat anda kepada pihak ketiga yang membantu kami dalam mengendalikan tapak web kami, menjalankan perniagaan kami, atau menservis anda, selagi pihak-pihak tersebut bersetuju untuk mengekalkan kesulitan maklumat ini.

Kamu juga boleh memberikan maklumat anda apabila diperlukan untuk mematuhi undang-undang, menguatkuasakan dasar laman kami, melindungi hak kami, harta, atau keselamatan kami. Selain itu, kami juga boleh menyediakan maklumat pelawat boleh dicam yang bukan peribadi kepada pihak ketiga bagi tujuan penyelidikan, pemasaran, pengiklanan dll.

Pautan pihak ketiga dan Iklan

Tapak web ini boleh mengandungi iklan dan pautan daripada kandungan pihak ketiga luar. Walau bagaimanapun, ini tidak menandakan kami menyokong kandungan mana-mana pihak ketiga yang muncul dalam tapak web kami atau di mana-mana tapak web pihak ketiga yang lain. Anda bertanggungjawab pada diri semata-mata dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membaca, mengklik atau memautkan kepada mana-mana tapak web pihak ketiga. Dasar Privasi ini tidak digunapakai untuk kegunaan laman pihak ketiga.

Sebelum anda mengakses atau menggunakan sebarang perkhidmatan di tapak web pihak ketiga kami, sila pastikan anda telah menyemak Dasar Privasi mereka untuk memahami bagaimana mereka menguruskan maklumat anda. Sila ambil langkah berhati-hati semasa melawat tapak web dari luar. Anda juga bersetuju untuk tidak meletakkan tanggungjawab ke atas S.A.M. Trade ke atas sebarang kerugian atau kerosakan apa-apa yang wujud daripada penggunaan sebarang kandungan, iklan atau pautan dalam laman ini.

Umur Sah di Sisi Undang-Undang untuk menggunakan laman web ini

Anda harus berumur lebih daripada umur sah 18 tahun untuk mendaftar dan menggunakan laman kami.

Melindungi maklumat anda

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan yang anda menyedari sebarang pengubahsuaian atau kemaskini yang dibuat ke atas dasar privasi kami dalam halaman ini.

Berdaganglah dengan kami sekarang!