TRANSAKSI MUDAH | |

Apakah Komoditi?

Buka Akaun Secara Langsung

Gambaran Keseluruhan Komoditi

Apakah Komoditi?

Komoditi adalah sumber semulajadi yang boleh diproses dan didagangkan yang merupakan blok pembina ekonomi global. Ia adalah sumber semulajadi yang didagangkan di pertukaran berdedikasi di seluruh dunia. Beberapa komoditi yang dijejaki dalam pasaran kewangan adalah termasuk logam, barangan pertanian, tenaga dan mineral.

Komoditi merupakan komponen asas barangan pengilangan yang lain, secara asasnya blok pembina untuk kedua-dua produk industri dan domestik dan makanan. Ia dihantar secara global bagi memenuhi permintaan kerana bukan semua negara mampu untuk mengeluarkan setiap komoditi yang diperlukan.

Pengeluaran dan penggunana komoditi adalah bergantung kepada faktor seperti musim, cuaca, dan sumber - semulajdi dan buatan manusia. Permintaan juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan tabiat konsume. Disebabkan itulah harga komoditi mempunyai potensi untuk turun naik dengan hebat.

Komoditi biasanya didagangkan dalam kuantiti yang sangat besar, sama ada dalam pasaran tunai atau lebih kerap dalam pertukaran niaga hadapan.

Istilah Komoditi

Komoditi dimasukkan dalam kumpulan mengikut ciri-ciri yang serupa. Di bawah adalah beberapa istilah biasa yang digunakan untuk mengkasifikasikan ia:

Komoditi Lembut

Ini adalah komoditi yang biasanya ditanam, dan bukan digali atau diekstrak. Komoditi lembut cenderung sangat mudah turun naik pada jangka masa pendek kerana ia mudah rosak yang mana boleh dengan tiba-tiba menggoncang harga.

Pengeluar cenderung untuk terlibat dalam pasaran lembut kerana ia kerap suka mengunci harga untuk keluaran mereka. Di samping itu kitaran pertumbuhan semulajadi komoditi ini, ia mencipta turun naik bermusim dalam harga.

Beberapa contoh komoditi termasuk: jagung, beras, gandum, gula, koko, jus oren, lembu.

Komoditi Keras

Ia biasanya digali dari tanah atau diekstrak daripada sumber semulajadi yang lain. Komoditi awalnya mungkin juga ditapis kepada komoditi yang lain bersama-sama. Sebagai contoh, minyak boleh ditapis kepada gasolin.

Beberapa produk pertanian seperti kapas juga dianggap sebagai komoditi keras kerana ia tidak cepat rosak dan dianggap sebagai material industri dan bukan bahan makanan. Komoditi keras biasanya lebih mudah untuk diuruskan berbanding yang lembut dan lebih mudah bersepadu dengan proses industri. Ini menjadikan ia pilihan popular untuk pelabur; contohnya niaga hadapan bernilai trilion dolar didagangkan setiap tahun.

Beberapa contoh komoditi keras termasuk: minyak, gas semulajadi, kapas, aluminium, tembaga, plumbum.

Komoditi Bakal Muncul

Ini adalah komoditi yang beberapa pelabur menjangkakan akan meledak dalam masa beberapa tahun akan datang, tetapi pada masa ini tidak didagangkan sebagai komoditi niaga hadapan. Satu-satunya cara untuk memperdagangkan produk ini adalah dengan membeli sahan dalam syarikat yang beroperasi di dalam bidang ini.

Beberapa contoh komoditi yang bakal muncul adalah: air, hak air, etanol.

Bagaimana komoditi beroperasi?

Pasaran komoditi membantu memastikan beberapa ukuran kestabilan pada harga, terutamnya menerusi kontrak niaga hadapan. Sehingga saat ini, kami hanya menawarkan kontrak lani.

Harga lani komoditi adalah harga di mana komoditi boleh didagangkan pada sebaran masa yang diberi dalam pasaran. Kontrak lani secara asasnya adalah harga untuk menyelesaikan kontrak dengan segera. Fikirkannya sebagai menyelesaikan harga pada masanya, oleh itu ia disebut sebagai "kontrak lani".

Kontrak niaga hadapan adalah harga komoditi yang mengambil kira beberapa faktor, seperti harga lani semasa, masa sehingga penghantaran (masa sehingga tamat tempoh), kadar faedah bebas risiko dan kos penyimpanan pada tarikh hadapan.

Secara umumnya, harga niaga hadapan dan harga lani berbeza kerana pasaran sentiasa melihat ke hadapan. Perbezaan di dalam harga lani komoditi dan harga niaga hadapan adalah disebabkan oleh kos membawa dan kadar faedah.

Mengapa berdagang komoditi?

Komoditi adalah bahagian penting dalam kehidupan harian. Jika anda memandu kereta, anda akan terkesan oleh harga minyak mentah yang tinggi. Jika anda mengikuti emas, anda akan mendapati bahawa harga emas naik turun berdasarkan kepada keadaan ekonomi global. Perdagangan komoditi membolehkan anda mengambil kesempatan terhadap pergerakan harga yang disebabkan oleh makro ekonomi, geopolitik, dan faktor bermusim.

Komoditi juga boleh menjadi cara penting untuk mempelbagaikan portfolio anda melangkaui sekutiri tradisional, sama ada untuk jangka masa panjang, atau sebagai tempat untuk meletakkan tunai semasa ia mudah berubah atau pasaran saham dalam keadaan bear. Komoditi biasanya berhubung-kait secara songsang terhadap saham.

Kos

Swap

Oleh kerana ini adalah kontrak leverah, anda dipinjamkan wang untuk membuka kedudukan anda, di luar deposit permulaan yang anda sudah bayar. Jika anda hendak memegang kedudukan anda semalaman, anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk menampung kos wang yang anda telah pinjam. Sila lawati halaman Pendanaan Semalaman di bawah tab Perdagangan untuk maklumat lanjut.

Komisen

Kami mengenakan komisen serendah USD 5 per kontrak standard yang didagangkan.

Mula Melabur dengan Samtrade FX sekarang

Buka Akaun Secara Langsung Buka Akaun Demo