Dasar Margin Panggilan & Henti Keluar


Akaun perdangan dengan S.A.M. Trade, secara automatik, akan mengalami panggilan margin jika kriteria di bawah dipenuhi. Adalah penting untuk mengetahui bahawa pengurusan risiko yang baik dan meletakkan henti rugi mengurangkan keperluan panggilan margin ke atas akaun pedagang. Kami menasihatkan semua klien akmi untuk berpegang teguh kepada keperluan margin semasa berdagang.

  • Keperluan Margin Minimum dalam Kedudukan Terbukan mestilah dikekalkan oleh pelanggan pada setiap masa.
  • Semua kedudukan terbuka dan pesanan belum selesai adalah tertakluk pada kecairan oleh S.A.M. Trade sekiranya Keperluan Margin Minimum gagal dikekalkan.
  • Keperluan margin boleh berubah pada bila-bila masa. S.A.M. Trade akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan pelanggan mengenai sebarang perubahan unjuran melalui epmel dan sistem mesej plaform perdagangan.
  • Panggilan Margin akan berlaku apabila jumlah ekuiti, pada bila-bila masa, sama dengan atau jatuh di bawah 100% daripada Margin yang Telah Digunakan. Kedudukan akan berdasarkan kepada harga pelaksanaan terbaik pada masa tersebut di S.A.M. Trade.
  • S.A.M. Trade akan mencairkan semua Kedudukan Terbuka dan pesanan belum selesai dalam akaun pelanggan jika jumlah ekuiti, pada bila-bila masa, sama dengan atau jatuh di bawah 50% daripada Margin Telah Guna. Kedudukan akan ditutup bersasarkan keapda harga pelaksanaan terbaik pada masa tersebut kepada S.A.M. Trade.
  • Semua kedudukan terbuka dalam akaun dilindung nilai penuh akan ditutup pada harga pasaran secara automatik sekiranya ekuiti akaun mencapai atau jatuh di bawah 0, yang diguna pakai kepada semua platform kami.
  • Peletakan Pesanan Henti Rugi, digunakan untuk meminimumkan kerugian, adalah tanggungjawab klien.

Berdaganglah dengan kami sekarang!