Panggilan Margin & Henti Keluar


Menggunakan margin untuk berdagang boleh menjadi cara yang sangat bagus untuk membuat wang anda berkerja keras untuk anda kerana anda boleh mengaut keuntungan yang biasanya hanya boleh dilakukan dengan pelaburan yang lebih besar. Walau bagaimanapun, kelebihan ini juga ada risiko kerugian yang lebih banyak jika perdagangan bergerak bertentangan dengan anda. Akhirnya, anda juga boleh kerugian lebih banyak daripada apa yang anda miliki dalam akaun.

Bagi mengelak daripada berlakunya perkara ini, kami ada dasar panggilan margin dan henti keluar di mana kedudukan anda akan ditutup jika anda tidak cukup wang untuk membiarkannya dalam kedudukan terbuka.

Di S.A.M. Trade, margin panggilan ditetapkan pada 100% dan tahal henti-keluar ditetapkan pada 50%.

Dasar Panggilan Margin – 100.00%

Anda memasuki panggilan margin apabila margin percuma anda telah digunakan atau Peratusan Ekuiti/Margin Digunakan pada 100.00%

Margin Percuma: USD 0.00
Peratusan Ekuiti/ Margin Digunakan: 100.00%

Ditunjukkan di MT4 sebagai Percuma:0.00 / 100.00%

Anda tidak akan boleh membuka kedudukan atau meletakkan dagangan baru apabila anda melakukan panggilan margin. Deposit tambahan mungkin diperlukan untuk melakukan dagangan baru.

Dasar Henti Keluar – 50.00%

Apabila Peratusan Ekuiti/Margin Digunakan jatuh di bawah 50.00%, kedudukan kerugian anda akan ditutup bagi menghalang anda daripada kerugian lebih banyak. Di sinilah berlakunya henti keluar.

Contoh Panggilan Margin & Situasi Henti Keluar

Anda mempunyai baki tunai USD 1,500.00 di dalam akaun anda dengan leveraj 1:100 atau margin 1%. Anda melakukan dagangan untuk membeli 1 kontrak standard EUR/USD, pada Harga Minta 1.23840.

Margin Digunakan: Saiz Kontrak * Saiz Lot * Harga * Margin %
Anda sekarang mempunyai Margin Digunakan sebanyak 100,000 * 1.00 * 1.2384 * 1% = USD 1,238.40
Margin Percuma: Baki – Margin Digunakan
Anda sekarang mempunyai Margin Percuma USD (1,500.00 – 1,238.40) = USD 261.60
Jumlah Margin Percuma membolehkan anda jatuh hanya 26.1 pip sebelum memasuki Panggilan Margin

Panggilan Margin ditunjukkan dalam MT4
Baki: USD 1,500.00; Kredit 0.00; Ekuiti: 1,238.40; Margin: 1,238.40; Percuma: 0.00 / 100.00%

Tiada perdagangan baru boleh diletakkan apabila Peratusan Ekuiti/Margin Digunakan berada di bawah 100.00%. Di sinilah berlakunya Panggilan Margin.

Jika tiada deposit baru dan pasaran terus menentang anda. Anda hanya ada kejatuhan sebanyak 50.0% daripada Margin Digunakan anda sebelum berlakunya Henti Keluar.

50.00% daripada Magin Digunakan adalah USD 1,238.40/ 2 = usd 619.20 yang mana secara dasarnya adalah 61.92 pip lagi.

Oleh itu, jumlah pip yang dibenarkan untuk EUR/USD untuk jatuh dari permulaan dagangan:

Margin Percuma + 50.00% daripada Margin Digunakan

USD 261.60 + USD 619.20 = USD 880.80 yang mana secara dasarnya adalah 88.08 pip lagi

Henti Keluar ditunjukkan dalam MT4:
Baki: 1,500.00 USD; Kredit 0.00; Ekuiti: 619.20; Margin: 1,238.40; Percuma: -619.20/ 50.00%

Kedudukan anda akan ditutup bagi menghalang anda daripada menanggung lebih banyak kerugian apabila Peratusan Ekuiti/Margin Digunakan jatuh di bawah 50.00%. Di sinilah berlakunya Henti Keluar.

Cari lebih lanjut mengenai…

Berdaganglah dengan kami sekarang!