KONTRAK PERBEZAAN (CFD)
Contracts for Difference (CFD) atau Kontrak Perbezaan adalah perjanjian di antara dua pihak untuk menukar perbezaan di antara harga buka dan harga tutup sesuatu kontrak.
CFD adalah produk derivatif yang membolehkan anda berdagang dalam pergerakan harga pasaran langsung tanpa betul-betul memiliki instrumen dasar di mana asas kontrak anda berada.
Anda boleh menggunakan CFD untuk membuat spekulasi ke atas pergerakan harga pasaran masa depan tidak kira sama ada pasaran utamanya naik atau turun. Anda boleh jual, yang mana membolehkan anda mendapat keuntungan daripada penurunan harga atau melindung nilai portfolio anda untuk mengimbangi apa-apa potensi kerugian dalam nilai pelaburan fizikal anda.
Sama dengan perdagangan forex, CFD membenarkan pelabur untuk memegang kedua-dua kedudukan "long" dan "short" yang memberikan pedagang runcit dengan peluang untuk mengaut keuntungan sama ada semasa harga saham menaik atau menurun. Pelabur juga senang mengehadkan kerugian atau mendapat hasil dengan menggunakan henti rugi (stop loss) dan had pesanan.
Oleh kerana CFD didagangkan pada margin berbanding membayar nilai penuh transaksi, pelabur hanya perlu membayar peratusan tertentu semasa melakukan dagangan. Berdagang dengan margin memberikan pelabur leveraj yang kemudian membolehkan pelabur untuk mengakses sejumlah besar saham berbanding membeli atau menjual saham sebenar. Dengan menawarkan CFD, kami membenarkan pelabur membuat spekulasi ke atas instrumen dan pasaran yang mungkin tiada atau sukar untuk didagangkan.
Bagaimana pasaran CFD beroperasi?
Dengan urus niaga saham tradisional pula, harga CFD disebut sebagai Bida (harga di mana anda boleh jual) dan Tawar (harga di mana anda boleh beli). CFD diniagakan pada margin (juga dikenali sebagai leveraj), yang bermaksud untuk membuka satu kedudukan, anda perlu mendeposit sejumlah kecil nilai penuh dagangan anda, yang dikenali sebagai margin awal. Margin awal memerlukan kepelbagaian dalam pasaran berlainan walaupun biasanya berada di antara 10%-25% bagi dagangan CFD ekuiti dan antara 2%-5% bagi indeks atau dagangan mata wang.
Apakah margin dan leveraj?
CFD adalah produk leveraj. Maksudnya anda hanya perlu mendeposit peratusan kecil daripada nilai penuh dagangan bagi membuka satu kedudukan. Ini dipanggil "dagangan pada margin" (atau keperluan margin). Sementara berdagang pada margin membolehkan anda membesarkan pulangan anda, kerugian anda juga akan dibesarkan kerana ia adalah berdasarkan pada nilai penuh kedudukan. Maksudnya anda boleh menanggung lebih banyak kerugian berbanding apa jua modal yang didepositkan. Oleh kerana CFD adalah produk dimarginkan, terdapat bayaran kewangan semalaman apabila anda memegang CFD dalam kedudukan terbuka.
Umpil potensi pelaburan anda
Salah satu kelebihan utama perdagangan CFD jika dibandingkan dengan jenis perdagangan konvensional adalah anda boleh memperoleh jumlah pendedahan pasaran yang sama dengan mendepositkan sejumlah kecil peratusan daripada jumlah nilai dagangan anda.
Mengurus Risiko
Dengan perdagangan CFD, anda boleh mengoptimumkan dedahan pasaran anda dengan mendepositkan peratusan kecil nilai dagangan anda sebagai margin berbanding dengan jumlah nilai dagangan anda. Kami menawarkan pelbagai alatan seperti pesanan renti rugi, seretan henti, dan pesanan had untuk membantu anda mengurus portfolio perdagangan CFD anda dengan lebih baik tanpa perlu sentiasa melihat perdagangan terbuka anda. Apabila Tahap Margin anda berada pada atau di bawah Tahap Margin Tutup, kami boleh menutup semua atau apa-apa kedudukan terbuka anda bagi mengelakkan anda rugi lebih banyak daripada modal yang telah didepositkan.
Apakah instrumen kewangan yang boleh didagangkan dengan CFD?
Di S.A.M. Trade, kami menawarkan akses CFD kepada instrumen kewangan berlainan di seluruh dunia termasuk ekuiti, indeks, komoditi, dan logam berharga. Perdagangan CFD memberikan anda akses kepada berbagai-bagai pasaran yang tidak tersedia kepada pelabur runcit dari satu platform perdagangan.
Bolehkah membeli (long) atau menjual (short) CFD?
CFD boleh digunakan untuk membeli (long), jual (short) atau melindung nilai. Oleh itu, ia menawarkan peluang untuk mengaut keuntungan sama ada dalam pasaran menaik atau menurun. Dengan perdagangan CFD, tidak mustahil untuk menjual sesuatu produk jika anda percaya nilainya akan jatuh dengan matlamat untuk mengaut keuntungan daripada ramalan pergerakan harga menurun. Jika ramalan anda betul, anda boleh membeli produk tersebut semula pada harga lebih rendah untuk membuat keuntungan.
RINGKASAN INDEKS
Apakah indeks?
Indeks saham adalah ukuran dalam mata nilai bahagian dari pasaran saham dan ia biasanya mewakili saham-saham terbaik dari bursa tertentu. Sebagai contoh, Dow Jones Industrial Average (Dow 30) adalah indeks pasaran saham yang mewakili 30 syarikat milikan awam terbesar yang didagangkan di Bursa Saham AS. Jika harga saham syarikat-syarikat ini pda puratanya menaik, Dow 30 juga akan menaik. Begitu juga jika harga saham tersebut jatuh, indeks juga akan jatuh.
Bagaimanakah indeks beroperasi?
Harga-harga bagi kebanyakan indeks dikira menggunakan purata wajaran permodalan. Semakin besar nilai sesebuah syarikat, semakin besar kesan harga sahamnya kepada indeks. Bukan semua indeks menggunakan purata wajaran permodalan. Contohnya, Dow Jones dan Nikkei ialah indeks wajaran harga. Saham dengan harga lebih tinggi mempunyai pengaruh lebih besar terhadap harga indeks.
Sebagai contoh, perdagangan saham pada USD 100 akan ada 10 kali lebih berat daripada yang didagangkan pada USD 10.
Penting untuk diketahui bahawa indeks hanyalah nombor. Anda tidak memilikinya secara langsung.
Mengapa berdagang indeks?
CFD indeks menawarkan klien kami akses kepada beberapa indeks global paling popular seperti US30 (Dow Jones Industrial Average), US500 (Indeks S&P500), UK100 (FTSE), F40 (CAC), DE30 (Germany 30), JP225 (Indeks Jepun 225) dan AUS200 (ASX200). Indeks membolehkan pedagang untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan memberikan mereka akses kepada negara-negara yang mereka mungkin tidak perlu, atau dengan mendagangkan pergerakan pasaran ekuiti global tanpa perlu secara langsung memiliki sebarang saham.
Indeks juga adalah instrumen lindung nilai yang hebat. Seorang pedagang boleh menjual indeks CFD semasa melabur dalam saham ekuiti dari pasaran yang sama, jika pasaran sedang jatuh atau mengalami pembetulan jangka pendek, sementara menaik dalam jangka panjang. Indeks juga memberikan klien kefleksibelan yang lebih bagus dalam bertindak balas terhadap berita pasaran kerana ia didagangkan selama 24 jam sementara bursa saham dasar mungkin sudah ditutup. Ketahuilah bahawa spread boleh menjadi lebih lebar semasa di luar waktu perdagangan apabila bursa saham sandaran ditutup.
Indeks lebih cenderung untuk berubah berbanding saham individu. Oleh itu, ia menawarkan peluang yang lebih baik dan juga kenaikan risiko.
Bagaimana kami meletakkan harga kontrak indeks?
Harga indeks tunai CFD diperoleh secara langsung daripada penyedia kecairan kami yang mana mungkin berbeza daripada nilai bursa saham relevan. Di luar waktu perdagangan pasaran berkaitan, penyedia kecaairan kami terus melakukan harga 24 jam pada kebanyakan indeks CFD. Harga semasa tempoh ini ditentukan oleh beberapa faktor; paling penting adalah hubung kait dengan kontrak niaga hadapan dalam pasaran yang dibuka pada masa tersebut.
Kebanyakan indeks tersedia untuk urus niaga selama 24 jam sehari. Untuk butiran lanjut waktu perdagangan setiap kontrak, sila rujuk kepada halaman Butiran Produk Indeks. Ambil perhatian bahawa waktu perdagangan sebenar adalah ditadbir urus oleh waktu setempat di negara asal indeks. Oleh itu, pelarasan bermusim (cth. simpanan siang) di UK atau negara asal boleh menyebabkan masa yang ditunjukkan menjadi tidak tepat.
Spread adalah tertakluk kepada variasi, terutamanya dalam keadaan pasaran yang mudah berubah. Di luar waktu perdagangan pasaran saham sandaran, spread boleh melebar bagi mencerminkan kecairan yang ada semasa waktu-waktu sukar pada hari tersebut. Purata spread kami bagi tiap tempoh masa ditunjukkan dalam halaman Butiran Porduk Indeks.
KOS
Swap
Oleh kerana ini adalah kontrak leveraj, anda dipinjamkan wang untuk membuka kedudukan anda, di luar deposit awal yang anda telah bayar. Jika anda hendak memegang kedudukan anda semalaman, anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk menampung kos wang yang anda telah pinjam. Sila lawatPendanaan Semalamanhalaman di bawah tab Perdagangan untuk maklumat lanjut.
Komisen
Di S.A.M. Trade, kami tidak mengenakan komisen.